Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Tuhan tabahkan hatiku agar luka ini mampu kurawat sendiri. Lara itu mampu kujahit sendiri. Berikanku pengertian seperti mengertinya insan-insan yang terdahulu. Mengujiku adalah mainan-Mu. Memberi padaku juga adalah limpah kurnia-Mu. Mengambil juga adalah hak-Mu. Semoga aku kian berani menempuh hari-hari-Mu. Insya Allah. Amin...
Alhamdulillah, kupanjatkan syukur kepada Tuhan kerana masih diberi kekuatan menempuh hari-hari yang telah meninggalkan seribu satu macam memori pahit manis suka dan duka. Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan maaf zahir dan batin atas kekhilafan diri ini. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa, insan lemah yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Amiin...
0 komentar:
Post a Comment